Pages

Tuesday, November 3, 2009

JAMU MUSTAJAB MAHKOTA DEWA






JAMU MUSTAJAB MAHKOTA DEWA


Ini lain sikit...entry ni khusus nak bgtau ttg khasiah jamu ni...baik untuk lelaki dan wanita....

Ini hubby kmal yg buat jualan partime...sapa2 berminat boleh contact kmal ye...

Ala gambar tak naik pulak...baca dulu khasiatnye...nnt kmal letak gambar jamu mustajab ni ye.



Jamu Mustajab Mahkota Dewa

Sesuai untuk lelaki dan perempuan kecuali wanita hamil.
Bermanfaat utk sakit sendi, sakit tulang, sakit lutut, sakit urat, penat, sakit tumit, sakit bahu, lumpuh, bengkak badan, sakit pinggang, lenguh seluruh badan, lemah tenaga, angin dalam badan, resdung, gout juga masalah kesihatan yang ada hubungan dengan kanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selsema dan insomnia.

Bahan-bahan:
Mahkota Dewa (30%), Rempah Perubatan Tradisional (25%), Madu Lebah (10%), Akar Kayu Patah Trehioh (10%), Mustaka (10%), Cengkih (5%), Siti Halia (5%), Lain-lain Bahan (5%)


Mahkota Dewa Bermula Di Istana


Berasal dari kepulauan Papua, tumbuhan asli Indonesia ini dibawa masuk ke dalam budaya hidup masyarakat istana atau keraton. Pada zaman lampau, hanya keraton Mangkunegara di Solo dan keraton di Yogjakarta mengetahui rahsia khasiat mahkota dewa.
Di dua istana itulah fungsi mahkota dewa sebagai bahan penawar, dikenal pasti dan dimanfaatkan sejak berkurun lama sebelum ‘rahsia’ itu terbongkar pada masyarakat umum.
Menurut sumber lisan dan bertulis, kedua-dua istana itu menggunakan mahkota dewa bagi tujuan merawat pelbagai masalah kesihatan, termasuk sakit jantung, ketumbuhan, kencing manis, hepatitis, darah tinggi dan penyakit kulit. Malah perajurit zaman silam digalakkan memakan buah mahkota dewa sebelum ke medan perang agar lebih sihat dan kuat.


Info Mahkota Dewa


Nama popular : Mahkota Dewa
Nama Lain : Pusaka Dewa, Buah Dewa, Umbi Dewa, Beluntas Cina dan Semalakama
Nama Saintifik : Phaleria papuana
Famili : Thymelacea
Bahagian yang digunakan : Hampir semua bahagian pokok, termasuk buah.



Bentuk Fizikal

Mahkota dewa adalah sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga lima meter. Ia mengeluarkan buah bewarna hijau ketika muda dan merah menyala apabila matang. Selain buahnya yang menarik,jaringan dahan dan daunnya menjadikan mahkota dewa juga cantik sebagai tanaman hiasan.

Khasiat

Di Indonesia sendiri, penawar mahkota dewa masih dianggap ‘pendatang baru’ dalam dunia perubatan herba. Walaupun baru, ia menimbulkan ‘kejutan’ kerana kemujarabannya dilaporkan luar biasa.
Antara yang dipercayai secara tradisional dapat ditangani dengan penawar semulajadi ini ialah masalah kesihatan yang ada hubungan dengan kanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selsema dan insomnia.
Apa yang menarik ialah kemampuan mahkota dewa menangani kanser. Berdasarkan pengalaman pengguna, ia dikesan dapat menyekat pertumbuhan sel kanser, sekali gus membantu pengidap berkenaan.


Kaya sebatian aktif, banyak manfaat perubatan :‘Kejutan luar biasa’- Mahkota Dewa

Walaupun tumbuhan herba berkenaan bukan berasal dari negara ini, ia sudah dibawa masuk kesini dan diusahakan secara komersil, termasuk sebagai antara pokok berubat di nursery herba. Malah mahkota dewa kini dibekalkan secara pukal oleh syarikat tempatan kepada pihak berminat bagi menghasilkan produk siap.

Kajian

Kajian di Indonesia mendapati mahkota dewa mengandungi banyak sebatian aktif bermanfaat untuk penjagaan kesihatan dan penyembuhan penyakit,termasuk yang ringan dan kronik.
Di negara itu – tempat asal ia dikenal pasti mempunyai khasiat perubatan tinggi – tumbuhan ini dianggap ‘musuh ketat’ bagi banyak jenis penyakit. Ia menimbulkan ‘kejutan’ kerana kemujarabannya dilaporkan luar biasa. Antara yang dipercayai secara tradisional dapat ditangani dengan penawar semulajadi ini ialah masalah kesihatan yang ada hubungan dengan kanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selsema dan insomnia.

Kemampuan mahkota dewa menangani pelbagai masalah kesihatan dikatakan ada hubungan rapat dengan kandungan sebatian aktif di dalamnya. Menerusi kajian di negara itu,ia dikesan amat kaya dengan pelbagai sebatian aktif. Contohnya, daun dan kulit buah mahkota dewa dikesan mengandungi alkaloid, terpenoid, saponin, senyawa resin dan sebatian lignan (polifenol). Kulit buah juga mengandungi flavonoid. Di dalam tempurung buah mahkota dewa pula dikesan wujud sebatian aktif seperti mahkosid-A, mangiferin, kaempferol, glukosid, asid dodecanoat dan asid palmitat.

Sains perubatan mengesahkan flavanoid mampu membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan kandungan kolestrol serta pembentukan lemak pada dinding pembuluh darah, sekali gus merendahkan risiko serangan jantung.

Sebatian aktif jenis ini juga mengandungi unsur anti radang dan anti oksidan yang mampu membantu mengurangkan kesakitan jika berlaku pendarahan atau pembengkakan.

Alkaloid pula mampu berfungsi meneutralkan racun di dalam badan manusia, manakala saponin bertindak sebagai anti bakteria dan anti virus, meningkatkan imuniti badan, menambahkan kecergasan dan merendahkan kadar gula dalam darah. Polifenol pula berfungsi sebagai anti alahan.

Bagaimanapun, atas sifatnya sebagai tumbuhan berubat,kajian lanjut perlu dilakukan, terutama kerana tumbuhan berkenaan masih baru bagi bagi penduduk negara ini.



- Dipetik dari Majalah D'Herba (Mac 2007)

Zat Aktif

* Alkaloid, bersifat detoksifikasi yang dapat menetralisir racun di dalam tubuh
* Saponin, yang bermanfaat sebagai:
o sumber anti bakteri dan anti virus
o meningkatkan sistem kekebalan tubuh
o meningkatkan vitalitas
o mengurangi kadar gula dalam darah
o mengurangi penggumpalan darah
* Flavonoid
o melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
o mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penumbunan lemak pada dinding pembuluh darah
o mengurangi kadar resiko penyakit jantung koroner
o mengandung antiinflamasi (antiradang)
o berfungsi sebagai anti-oksidan
o membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
* Polifenol
o berfungsi sebagai antihistamin (antialergi)


HARGA:
-1 botol rm70
-3 botol rm190

* produk ini dipek dalam pek berasingan (1 pek 2 biji / sekali makan). 1 botol mengandungi 60 pek cuma rm70 (jimat rm20 dari beli berasingan).

4 comments:

armouris said...

info tentang diabetes kat sini -
Komplikasi dan Simptom Diabetes
Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak
Diabetes dan Kehamilan

esah said...

askum....kalu nak jd mobil stokis macam mana ?

Alam Kehidupan said...

cara pembelian???

AzMa said...

RM70 termasuk pos ka?

Post a Comment