Pages

Monday, December 3, 2012

Family Holiday Cameron Highland Part III - MARDI

Sambungan holiday ke Cameron Highland part III ni keseluruhannya di MARDI... lepas je posing2 di Smoke House kita ke MARDI.. ok..sebenarnya memang kmal teruja sgt kat sini.. selama tiap22 tahun ke CH.. hubby tak pernah bawa jalan2 ke sini... kmal ni.. x pandai sgt tmpt menarik kat CH ni..asal nampak je depan mata ..bru cakap kat hubby stop...stop kita pi sini..kita pi sana.. tu je.. agaknya adik2 kmal dah biasa ke sini ..tu yg dah diatur dlm agenda jln2 di CH... suka sagt sbb boleh tgk bunga2 yg mcm2 jenis..boleh tgk dan pegang pokok2 sayur, herb..macam2 lg le... luas gak tmp ni tpi tak terasa..bila dapat layan mata dgn bunga2 dan sayur2an..

ok.. kita layan gambar ye..

ini time bari sampai MARDI Agrotecnology Park.. harus bergambar sebagai bukti .. sebahagian sahaja.. tu le..ramai2 ni susah sungguh utk dapat bergambar semua.. sibuk buat hal sendiri..


Mula-mula akan jumpa kawasan yg ada mcm tasik kecik dan pokok2 bunga yg cantik2..
modelnya anak sulung kmal dan paksunye..


Sepanjang jalan di sini banyak pasu2 yg ditanam pokok bunga kekwa berwarna warni..



Lepas tu.. jumpa tempat yg dikhususkan dgn pokok2 bunga.... adoiii...teruja lagi.. juling biji mata tgk bunga mcm2 jenis dan mcm2 warna.. ini hero kmal no 2 Arash dan adik Mia.

Aiman pun dah jadi macam kmal teruja tgk bunga dan pokok cili..dah mcm nak telan je tu..



Aiman dengan tok dan Mak Ngah Ta..(Isteri adik kmal yg no2)


Tak pernah jumpa lgi pokok bunga ni... cantik sangat..


ibu dengan anak yang sama minat ..


wah...Mia pun minat jugak ke...


Dah habis tgk bunga kita tengok kawasan yg ditanam sayur2an, buah2an dan pokok herba..


Dah jadi model sayur pulak adik kmal ni


Mia dgn kakak Aisya berlatarbelakangkan pokok2 tomato..dah sama rupa dgn kak aisya bila mia buat muka mcm ni..


bawah ni.. model2 utk iklan pokok salad.. Abg Ayoi dan si Azim..


boleh belajar mengenali nama dan jenis2 pokok sayur..


Ini timun zukini rasanye...betul ke tak ejaan ni...bunga tu mat salleh selalu buat celup tepung dlmnye disumbat keju... wiiiss mesti sedapkan..


Nak tahu..pokok apa yang mia pegang ni....inilahh pokok Rosemarry... memang suka kmal dapat lihat pokok ni depan mata..wangi je ...besar pulak tu pokok ni..rasa mcm nak petikkk masuk dlm beg..boleh buat perapan utk lambchop...


last sekali kami pergi bahagian pokok buah2an ada pokok apel..tapi buah dia tak banyak.. ini pokok Buah Lai rasanye..


Dah habis ronda2 sekitar MARDI... lepas ni kami pergi ke Strawberry Park  dekat Brinchang.. tgu Part IV pulak ye.. bye..

0 comments:

Post a Comment