Pages

Showing posts with label Salad. Show all posts
Showing posts with label Salad. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Salad



Petang-petang... ni sukanye dapat meratah salad ni...
kat FB letak gambar je... kat blog kmal bg resepi..
simple je..

Salad

Bahannya:
Daun Salad
1/2 biji Brocolli dan 1/2 biji Carot - potong dan dicelur sebentar
2 biji tomato

Sos Thousand Island
3 sudu besar Mayonis
1/2 sudu sos cili
sedikit sos tomato
Susu cair sedikit

Caranya:
Digaul sebati semua bahan sos, dan dicampur dgn sayur.. sejukkan
sebentar..siap.

Thursday, April 1, 2010

Diet Salad



Kmal namakan diet salad sebab dressing salad ni tak guna mayonis
atau apa2 lemak..

Bahan Dressing:utk semangkuk salad
3 sudu besar minyak zaiton,
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jus lemon
sedikit garam

Masukkan semua bahan dressing dlm botol kecil(kmal guna botol terpakai
yg dah dicuci bersih spt botol nescafe), goncang(ayat org utara) sebati,
tuangkan atas salad dan digaul sebati. Kmal suka gak letak sedikit mustard.

Sila jalan2 ke FP kmal
http://amal5041.fotopages.com/

Friday, March 26, 2010

Salad Kobis Cina



Buat makan malam...guna sayur2 yg dibawa balik dari CH..kmal buat Brocolli Soup
dgn Salad Kobis Cina resepi salad tu kmal CP dari blog nennie.. sebab teruja tgk salad tu kat blog nennie..

Salad Kobis Cina
BAHAN-BAHAN :

1/2 kobis cina- di racik nipis-nipis
Satu peket cherry tomato
8 biji telur rebus- dipotong 4
1 peket kiub cheeder cheese
1 cawan croutons

BAHAN UNTUK DRESSING SALAD :

2 sudu apple sider vinegar atau lemon juice
10 sudu minyak zaitun
Garam , gula dan serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu kecil mustard

* Banyak mana kuantiti bahan yang kita nak guna untuk dressing ini adalah bergantung pada citarasa masing-masing.


CARA PENYEDIAAN SALAD :

Potong semua sayur kobis cina ni nipis-nipis dan masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai . Basuh buah tomato dan masukkan ke dalam mangkuk juga bersama dengan cube cheese dan telur rebus.

Bancuh semua bahan dressing dalam bekas tupperware atau botol kaca jem yang kosong yang bertutup . Goncang semua bahan sampai sebati .

* Bila nak makan saja baru tuang semua dressing ke dalam salad dan gaul rata . Jika salad ini di siapkan terlalu awal sebelum nak makan nanti akan menjadi lembik dan tak sedap.

Salad Kobis Cina...memang sedap... tkasih nennie... minta izin kmal CP resepi ye..