Showing posts with label Dessert/Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Dessert/Pencuci Mulut. Show all posts
Sunday, November 11, 2012
PUDING LAICI
Salam semua.. hari ni nak merajin diri sikit utk meletakkan resepi Puding Laici yang sedap ni.. resepi asal dr Kak Hanieliza..
Kmal buat masa raya haji baru2 ni..
senang je.. adik kmal yg jarang2 masak pun dah berjaya buat puding ni..
ini resepinye:
PUDING LAICI
Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici [asingkan airnya]
1 tin susu cairCara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....
ini gambar puding laici yg kak liza snap masa berkunjung ke rumah kmal.. dapat puding dari air tangan kliza sendiri..
Friday, July 1, 2011
Kuih Lompat Tikam Bersagu

Tengok dari blog Ummi buat... rasa sejuk tekak..petang
terus buat.. memang berbaloi... sedap sangat.. Kmal ikut
ummi... dapat 4 bekas... senang nak bagi pada mak dan adik2.

Resepi dari blog ummi:
KUIH LOMPAT TIKAM SAGU
Resepi: AlongRoz @ HomeKreation
BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
- +/- 400g Sagu
- Pewarna Merah
Lapisan Atas:
- 160 g Tepung Beras
- 200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
- 800ml Air
- 1 sb Pes Pandan
- 1 st Air Kapur
- 1/2 st Garam
Kuah Santan:
- 200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
- 250ml Susu Segar
- 1/4 tsp Garam
- 5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
- 3 sudu besar Gula
- Daun Pandan
- CARA-CARA:
- Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
- Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
- Kukus 20 min.
- Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
- Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
- Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
- Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
- Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut.
Sunday, April 4, 2010
Pulut Mangga

Sekarang tengah musim buah pelam kat belah utara ni...
tapi masa nak pi beli harum manis..dah habis la pulak,
disebabkan dah teringin sangat nak makan kmal beli jugak
buah pelam jenis lain...sedap gak dan yang penting puas makan
Kmal malas nak buat pulut cara kukus ni..dah tak sabar nak
makan, kmal balik ofis terus buat, masak guna microwave je,
tak sampai 1/2jam, dah boleh ngapp..
Caranya:
Cuci pulut(dlm 3 cwn) dan rendam dlm 5 - 10minit,
masukkan santan pekat(agak2 ye kepekatan),
(santan hendaklah lebih sikit dari paras pulut)
garam, daun pandan.
masukkan dalam microwave, tekan high selama 15 minit. Sambil2 tu boleh
stop sekejab, gaul sebati dan masak semula hingga masak pulut tu.
Kuah Santan
1 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
4 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan tepung beras
Untuk membuat kuah santan, gaulkan kesemuanya. Masak sebentar atas
api perlahan. Bila sudah sejuk bolehlah dihidangkan bersama pulut dan
mangga atau durian.
Hidangkan pulut dgn mangga, kuah santan dan dihias dgn taburan bijan
(ini kmal ambik ideal hazila)
Wednesday, September 9, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)




