Pages

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Tempahan Raya..

Assalamualaikum,,

Lega semua tempahan biskut dapat diserah tepat pada waktu.. 3 hari
sebelum raya.. keesokan terus balik raya N9.. raya ke 2 balik Asetar
semula untuk selesaikan tempahan wedding cake dan kek2 raya dr cust.

Sambil memasak menu juadah raya utk raya ke 4 khusus untuk adik
beradik kmal.. sambil siapkan tier kek steambuttercream tempahan
cust utk majlis pd raya ke 5..

3 Tier Steambuttercream
Bawah Choc Moist, 2 atas Sponge
Theme Kuning/Oren berat 5.4kg


Tempahan kek jamuan Hari Raya kebanyakan cust suka kek carrot..ini sebahagiannya..
yang lain2 x sempat nak ambik gambar..




Ini tempahan sebelum raya.. kelam kabuk seorg diri dgn ditlg hero2 kat rumah
ni.. sebahagia biskut dah selamat dihantar.. ini utk dihantar 3 hari sebelum raya
2 hari bergelut siapkan beratus ratus cheese tart.


Monday, June 17, 2013

Carot Walnut Cream Cheese Cake

Carot Walnut Cream Cheese Cake
Tkasih buat cust yang sudi menempah.



Big Size Kek

Tkasih dari guru2 MRSM

Big Size CMC

Kanan- Big size Choc Moist Cake
5kg++ 16" x 12"
Filling : Blueberry
Topping : Ganache + Fresh Fruit + Fondan wording
RM: 220.00

Jika Sponge cake + Failling + Buttercream
RM150.00

Kiri - Choc Moist Cake+Ganache+Fresh fruit
2kg++ RM65.00





Tuesday, November 13, 2012

Red Velvet Pakej

Selesai tempahan 500pcs.. Brownies ..gambar x 
sempat ambik sbb kelamkabut.. Red Velvet wedding 
cake.. dan Red Velvet In Jar untuk hantaran..


   Red Velvet Wedding Cake.. dengan Cream Cheese yg sedap.

   Red Velvet In Jar
  
  TKasih Kak Nor atas tempahan..

Sunday, May 27, 2012

Tempahan Wawa

Tempahan dari wawa untuk majlis pertunangan.
SOFTFONDAN HANTARAN
SPONGE CAKE +FILLING STRWBERRY+BUNGA GUMPASTE


CMC CUPCAKE+GANACHE+FRESH STRAWBERRY


CMC 8" TOPPING GANACHE+FRESH STRAWBERRY
Tkasih wawa.. 


Wednesday, January 25, 2012

Kek CNY


Choc Moist Cake + Choc Ganache 6" deco simple ala-ala bunga sakura
semperna Chinese New Year..Tkasih buat Ara.. 
katanye utk diberi pada kawan-kawan..untuk makan besar.



Tuesday, November 9, 2010

Kek Keju Cheddar



Untuk Tempahan 9" x 9" RM 45.00 sebiji

Maaf lama kmal menyepi... Alhamdulillah... dah sihat sekarang..
cuma malas sangat ...

Kek ni kmal buat bersama tempahan kek karot
Sedap sangat kek ni... Kmal guna resepi dari kak liza je...
Tkasih kliza..minta halal ye..

KEK KEJU CHEDDAR

Bahan

3 biji kek butter 4 X 8 inci [kek beli jer..masih mahlas..]
250 gm butter sejuk [kkliza gunakan farmcows]
200 gm gula ising [ayakkan]
1 s/b lemon jus
125 gm keju cheddar

Cara
1. Kek dibelah 2 melintang. Jadikan 2 lapis.
2. Susun 1 lapisan kek dalam pinggan leper atau papan kek.
3. Potong butter dan pukul dengan mesin sehinggan lembut dan gebus.
4. Masukkan gula dan pukul lagi.
5. Masukkan lemon jus dan pukul lagi sehingga semua sebati.
6. Sapukan separuh kerim dan lapiskan lagi dengan kek.
7. Sapukan kerim lagi dan rata.
8. Parutkan keju cheddar atas kerim.
9. Sejukkan beberapa jam dan hidangkan.



Buat kek ni masa gath dengan adik beradik kmal..

Wednesday, October 6, 2010

Kek Raya..



Syawal ni sempat buat kek Kelapa, Kek Karot dan
Kek Keju Cheddar... utk tetamu...


Ini kek kelapa kering...

Monday, July 5, 2010

Marble Cheese Brownies dan CMC



Tempahan dari Tini buat ibu tersayang



Mable Cheese Brownies - tempahan dari Jun

Thursday, June 24, 2010

Steambuttercream ku tak jadi...



Keh...keh... tengok le... experiment kmal nak cuba buat
steambuttercream tak menjadi....sememeh... kesimpulannye..
bukan semua yang kmal buat menjadi... tak tahu..salah tang mana
Rasanya nanti kmal kena cuba lagi.



nasib baik ni lebihan adunan sponge kek untuk tempahan
kek kawin...last2...makan sendiri..tapikan rupanye...
steambuttercream ni lagi sedap dari BC biasa.

Tuesday, June 22, 2010

Two Tier Wedding Stacked Cake - Hijau



Kek Stack ni firstime kmal buat..dgn pertolongan kawan2 blog..
tkasih meen, banyak bagi panduan untuk buat kek ni. Ingat nak
masuk kelas sebelum kmal buat tempahan ni..tapi tarikh kelas
tak mengizinkan kmal hadir.. Apapun kmal tawakal..buat.. dan
Alhamdullillah..berjaya jugak..


Kek ni tempahan adik2 ofis kmal, syila dan ikhwan sempena
majlis perkahwinan mereka.. kek ni untuk majlis pihak
pengantin perempuan dgn tema color hijau putih, untuk majlis
pihak pengantin lelaki kmal kena buat color purple putih.


Kek bawah carot cake 9" dan atas choc sponge 6" layer BC
+ Blueberry Filling.
Fosting dgn BC dan dihias dgn bunga Gum Paste.


Pakej sekali dgn Pisau Steel., untuk acara memotong kek.


Untuk tempahan boleh email atau SMS kmal.

Tuesday, June 8, 2010

Cup Cake Chiffon - majlis berkhatan dan aqiqah



Tempahan Pandan Cupcake Chiffon ni utuk kenduri Aqiqah
dan berkhatan anak saudara kmal..ditempah oleh adik kmal
dan kmal pulak buat lebih untuk makan-makan adik beradik.


Puashati..pertama kali buat kek chiffon ni menjadi..


Tuesday, June 1, 2010

Tempahan Ina - Choc Banana Cake dan Cheesetart



Tempahan dari Ina...untuk hubby tersayang...surprise katanye..
semperna ulang tahun perkahwinan ke 10... sayang sungguh ina
pada hubby ye..moga berbahagia hingg akhirnye..

Ina nak kmal hantar..tapi disebabkan kmal ada hal..anak
kmal yg tolong hantarkan... balik tya..semua ok ke.. anak kmal cite
kejadian masa dia nah delivery... anak kmal tu tgh mamai lg sebb
makan ubat selsema...semua maklumat yg ina sms kmal...telah kmal
forword pd anak kmal..agaknye dlm blur... dia naik tingkat 2 tya nak
bagi kek kat Rahim sebenarnya nama hubby ina dah ada dlm sms tu..
cuba anak kmal baca Rahim and Co..dah dia cari rahim..dan staf pulak
kata rahim tak dak dia pi KL... anak kmal kata nak bagi kek.. wife dia
minta hantar..tercengang staf kat situ lepas tu baru dia perasan ..nak cari
En Idham kat tinkat 3... dah semua staf gelak kat dia..kalau tak untung
En. rahim dapat kek free.
Apa-apapun tkasih banyak2 ina..sudi order dari kmal..yg penting semua
dah selamat.


Ina order sekali baby blueberry cistat.

Tuesday, May 25, 2010

Bday Kek CMC



Tempahan Dari Jun.. semperna Bday anak gadisnye
Irdina Zulaika.. Jun nak CMC dgn Edible Image dan
2 bekas Traffle..


Komen dari Jun...
"Kek mabeles traffle mabeles..."
Tkasih Jun bila2 boleh order lagi.




CMC 8" Frosting with Ganache + Edible Image
RM65.00

Wednesday, May 19, 2010

Kebas tgn melukis



Tempahan dari Emi orang KL... kebetulan balik kg kat sini
terus call kmal Jumaat malam... minta hantar pada sabtu malam
Nak sambut 3 bday sekaligus... Emi nak kek ada gambar Dora,
Snow White dan Ben 10.. balik dari kedai terus bakar 3 biji CMC
7", 7" dan yg 4 segi tu 8".
Esok pagi..sabtu kmal ada lawan bowling..kelab.. ofis buat.
Balik dari lawan boling.. singgah kedai bakery...tup2 tiga2 gambar
tak de... alamak.... nampak gaya kena le kmal lukis...
dari kul 1 thari sampai kul 7 malam baru siap 3 biji kek ni..malam
kul 8.30 kmal jumpa Emi kat Tesco utk ambik kek dan 2 bekas
Traffle... Tkasih Emi... kmal memang x puas hati lukis2 ni..harap
Emi x serik order dari kmal.









CMC 7" Frosting BC + Piping Jel + lukis
RM50.00