Pages

Friday, June 25, 2010

Sandwish Ayam Strawberry Smooties



Semalam makan ni je... anak2 je makan nasi.. kmal
makan sandwish dgn strawberry smooties...


Terliur tengok kat blog nennie, masa buat sandwish,,
kebetulan pi Giant..nampak chicken salami terus kmal
ambik dan cari pulak strawberry teringin nak buat smootie
yang selalu hazila duk buat tu...sedap rupanye..



Dua2 menu ni kena dengan tekak kmal..kenyang.

Thursday, June 24, 2010

Steambuttercream ku tak jadi...



Keh...keh... tengok le... experiment kmal nak cuba buat
steambuttercream tak menjadi....sememeh... kesimpulannye..
bukan semua yang kmal buat menjadi... tak tahu..salah tang mana
Rasanya nanti kmal kena cuba lagi.



nasib baik ni lebihan adunan sponge kek untuk tempahan
kek kawin...last2...makan sendiri..tapikan rupanye...
steambuttercream ni lagi sedap dari BC biasa.

Tuesday, June 22, 2010

Two Tier Wedding Stacked Cake - Hijau



Kek Stack ni firstime kmal buat..dgn pertolongan kawan2 blog..
tkasih meen, banyak bagi panduan untuk buat kek ni. Ingat nak
masuk kelas sebelum kmal buat tempahan ni..tapi tarikh kelas
tak mengizinkan kmal hadir.. Apapun kmal tawakal..buat.. dan
Alhamdullillah..berjaya jugak..


Kek ni tempahan adik2 ofis kmal, syila dan ikhwan sempena
majlis perkahwinan mereka.. kek ni untuk majlis pihak
pengantin perempuan dgn tema color hijau putih, untuk majlis
pihak pengantin lelaki kmal kena buat color purple putih.


Kek bawah carot cake 9" dan atas choc sponge 6" layer BC
+ Blueberry Filling.
Fosting dgn BC dan dihias dgn bunga Gum Paste.


Pakej sekali dgn Pisau Steel., untuk acara memotong kek.


Untuk tempahan boleh email atau SMS kmal.

Monday, June 14, 2010

Cupcake Hantaran - Maroon



Tempahan Cupcake Hantaran Theme Maroon dari Sal Jalan Langgar
Untuk hantaran ni Sal nak deco simple-simple je.
selain hantaran ni Sal minta CC lebih buat makan-makan.
Tkasih dan Selamat Pengantin Baru Sal dan Din.


Thursday, June 10, 2010

Teh Halia dan Sup Tulang/Ekor Chef Wan



Iklan sebentar dari tempahan... ini yang kmal buat baru-
baru ni.. resepi ada di FP kmal



Ini pulak kmal buat bils tgk Hana Jepun buat.. biar keluar
angin2 dalam badan...

Tuesday, June 8, 2010

Cup Cake Chiffon - majlis berkhatan dan aqiqah



Tempahan Pandan Cupcake Chiffon ni utuk kenduri Aqiqah
dan berkhatan anak saudara kmal..ditempah oleh adik kmal
dan kmal pulak buat lebih untuk makan-makan adik beradik.


Puashati..pertama kali buat kek chiffon ni menjadi..


Thursday, June 3, 2010

Kek Hantaran Fondan dan Gumpaste



Kek Hantaran Fondan dgn bunga gumpaste ni bertema Hijau
dan Putih..tempahan dari ieda.. utk dibawa ke majlis pertunangan
di Perak.. sebab nak berjalan jauh ieda tempah kek yg tahan lasak
sikit dan kmal berterima kasih byk2 dekat ieda dulu bgi kmal buat
pertama kali kek 2 tingkat utk perkahwinan nye sekarang ieda bagi
cabaran buat sendiri kek fondan..kmal ni belum masuk mana2 kelas
kek fondan..cuma belajar dari intenet je.. harappuas hati ye..

Dan musim kenduri ni kena pulak buat pertama kali kena buat 2 biji
2 tier stack kek..harap semua ok... lgpun ak sabar nak cuba benda2
baru ni.










CMC 8" 2kg lebih
Topping Fondan + Gumpaste + set Kotak hantaran
RM 130.00

Tuesday, June 1, 2010

Traffle



Salah satu pencuci mulut yang kerap customer order.
Sesuai untuk sebarang majlis atau jamuan makan.

Traffle
Layernye:
Swiss Roll
Kastad
Jelly
Fruit Cocktail.

Bekas 1(Sederhana) RM15.00 Min Order 2 bekas





Bekas 2 (Kecil)RM 10.00 Min Order 3 bekas



Lain-lain size:

Bekas 8 x 8 (Besar) RM30.00

Individual Casing (Bekas Dadih) RM1.80 sebekas
Min order 25 bekas.

Tempahan Ina - Choc Banana Cake dan Cheesetart



Tempahan dari Ina...untuk hubby tersayang...surprise katanye..
semperna ulang tahun perkahwinan ke 10... sayang sungguh ina
pada hubby ye..moga berbahagia hingg akhirnye..

Ina nak kmal hantar..tapi disebabkan kmal ada hal..anak
kmal yg tolong hantarkan... balik tya..semua ok ke.. anak kmal cite
kejadian masa dia nah delivery... anak kmal tu tgh mamai lg sebb
makan ubat selsema...semua maklumat yg ina sms kmal...telah kmal
forword pd anak kmal..agaknye dlm blur... dia naik tingkat 2 tya nak
bagi kek kat Rahim sebenarnya nama hubby ina dah ada dlm sms tu..
cuba anak kmal baca Rahim and Co..dah dia cari rahim..dan staf pulak
kata rahim tak dak dia pi KL... anak kmal kata nak bagi kek.. wife dia
minta hantar..tercengang staf kat situ lepas tu baru dia perasan ..nak cari
En Idham kat tinkat 3... dah semua staf gelak kat dia..kalau tak untung
En. rahim dapat kek free.
Apa-apapun tkasih banyak2 ina..sudi order dari kmal..yg penting semua
dah selamat.


Ina order sekali baby blueberry cistat.