Pages

Wednesday, July 27, 2011

Tempahan Biskut Raya 2011


Assalamualaikum... maaf lama menyepi... sibuk sangat dgn Mia, kerja
dan macam2.. hubby pulak outstation dah sebulan ..nak dekat puasa
baru balik.. tapi dlm sibuk2 dgn Mia..sempat jugak kmal curi masa
buat sampel biskut raya... nasib baik anak mama baik sangat...

Sesiapa yang nak jamu mata dgn sampel kuih raya kmal..sila la..
nak tempah..boleh SMS kmal ye.. Antara Biskut Raya 2011.

Semua biskut2 ini menggunakan buttercup.

Biskut Kopi Hazel RM22.00
Penuh dgn rasa kopi dan kacang hazel


Biskut Keju Madu RM23.00
Rasa lemak Keju Cheddar dan Badam


Biskut Suji Salju RM22.00
Rasa Lemak Badam dan Cornflakes


Biskut Chocolate Treasure RM22.00
Dasar biskut kaya dgn perasa koko dgn topping cornflakes,
badam cincang dan white chocolate


Chocolate Oats Crispy RM22.00
Penuh dgn Oats dan badam dan koko


Biskut Cornflake Crispy RM22.00
Dgn choc chip, badam dan cornflakes yg rangup.


Sesiapa yang nak jamu mata dgn sampel kuih raya kmal..sila la..
nak tempah..boleh SMS kmal ye..

Friday, July 1, 2011

Kuih Lompat Tikam Bersagu



Tengok dari blog Ummi buat... rasa sejuk tekak..petang
terus buat.. memang berbaloi... sedap sangat.. Kmal ikut
ummi... dapat 4 bekas... senang nak bagi pada mak dan adik2.


Resepi dari blog ummi:
KUIH LOMPAT TIKAM SAGU
Resepi: AlongRoz @ HomeKreation

BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
  • +/- 400g Sagu
  • Pewarna Merah
Lapisan Atas:
  • 160 g Tepung Beras
  • 200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 800ml Air
  • 1 sb Pes Pandan
  • 1 st Air Kapur
  • 1/2 st Garam
Kuah Santan:
  • 200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 250ml Susu Segar
  • 1/4 tsp Garam
Air Gula Merah:
  • 5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
  • 3 sudu besar Gula
  • Daun Pandan

  • CARA-CARA:
  • Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
  • Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
  • Kukus 20 min.
  • Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
  • Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
  • Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
  • Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
  • Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut.