Pages

Friday, July 1, 2011

Kuih Lompat Tikam Bersagu



Tengok dari blog Ummi buat... rasa sejuk tekak..petang
terus buat.. memang berbaloi... sedap sangat.. Kmal ikut
ummi... dapat 4 bekas... senang nak bagi pada mak dan adik2.


Resepi dari blog ummi:
KUIH LOMPAT TIKAM SAGU
Resepi: AlongRoz @ HomeKreation

BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
  • +/- 400g Sagu
  • Pewarna Merah
Lapisan Atas:
  • 160 g Tepung Beras
  • 200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 800ml Air
  • 1 sb Pes Pandan
  • 1 st Air Kapur
  • 1/2 st Garam
Kuah Santan:
  • 200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 250ml Susu Segar
  • 1/4 tsp Garam
Air Gula Merah:
  • 5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
  • 3 sudu besar Gula
  • Daun Pandan

  • CARA-CARA:
  • Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
  • Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
  • Kukus 20 min.
  • Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
  • Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
  • Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
  • Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
  • Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut.


2 comments:

Mamasya said...

Assalammualaikum k.Amal...sedapnya nampak kuih lompat tikam..ada sagu..yummm..

ruziawati yusof said...

makan sejuk2 sedap ni kmal!

Post a Comment