Pages

Thursday, April 29, 2010

Putu Piring Tak Jadiii..



Putu Piring ni..masih panas lagi... tapi frust sebab tak jadi
malas nak cite panjang kat blog ni... kawan-kawan pi le
baca luahan hati kmal disebabkan Putu Piring ni kat FP
kmal disini

hasil kukusan kali kedua


hasil kukusan pertama

Wednesday, April 28, 2010

Tempahan Cis tat dan CMC







50 biji baby blueberry cistat dan Choc Moist Cake untuk jamuan
makan di ofis... tempahan dari adik kmal untuk jamuan ofis.

CMC 8" RM 45.00
Baby Blueberry Cheese Tart 50pcs RM 35.00

Monday, April 26, 2010

Oat Butter Honey Cereal



Buat ni..masa tengah tengok AFC kat Astro rancangan
New Scandinavian... ada dia buat cereal ni... bab kata hazila..
kmalpun sama...buka peti doremon...ada oat, honey ada..butter
lagi le ada banyak stok... terus buat... sedap gak....cuma rasanya
bila buat main agak2 masa tengok rancangan tu... termanis sikit
tapi sedap... ada pulak lebihan mangga..kmal letak je..

Caranya:
1 cwn oat
3 sudu besar rata..mentega
2 sudu besar madu

Cairkan mentega dan masukkan oat gaul hingga oat garing,
kemudian masukkan madu gaul sebati dan biarkan sejuk.
Boleh dimakan dgn susu dan buah-buahan.

Sunday, April 25, 2010

Baby/Mini Cupcake



Tempahan dari customer 100 biji baby/mini cupcake
CC - CMC + Topping BC + Choc M&M


Baby/Mini Cupcake
Flavour : Choc/Vanilla/Oren/Strawberry/Pandan
Topping : Simple deco BC
50/49 pcs RM 35.00 - RM 40.00 ikut deco.


Jalan jugak ke Fotopages Kmal disini

Friday, April 23, 2010

CHOCOLATE MOUSSE CAKE





Tempahan Choc Mousse Cake dari 2 cost yang berbeza
Choc Mousse Cake ni... sebiji kek choc sponge di layer dgn
Choc Mousse dan Topping dgn Choc Mousse dan Choc Ganache.


Chocolate Mousse Cake 8"
RM 55.00

Thursday, April 22, 2010

Award dari E-na



Baru hari ni sempat pi ambik award dari E-na...
Tkasih ye sudi pass award ni oada Kmal..
Kata e-na..award ni semperna mengingati hari istimewa..
Apa-apapun kmal doakan moga sentiaa berbahagian.
boleh jalan2 di blog e-na di sini http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/

Wednesday, April 21, 2010

Choc Moist Cake With Ganache +Fresh Strawberry



Sekarang musim buah Strawberry....jangan marah.... kalau
nak boleh order...






Chocolate Moist Cake 8''
Topping Ganache + Fresh Strawberry
RM 60.00

Tuesday, April 20, 2010

Strawberry Cupcake







Price:
Strawberry Cup Cake
Flavour (vanilla, coklat, strawberry)
25pcs RM 45.00 (Suffle Cup) size 's'
25pcs RM 40.00 (Paper Cup) size 's'
Flavour (Choc Moist Cake) Add RM 3.00
Add Topping Choc Ganache RM 2.00
Add Fresh Strawberry ikur size antara RM10 hingga RM15

Monday, April 19, 2010

Japanese Souffle Cheesecake



Tempahan dari Kak Wan...untuk bday tuan badan sendiri...buat
makan2 je katanye...

Ada resepinye: tapi sapa tak nak cua buat boleh order dgn kmal

JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE
Sumber : FP Nina

Bahan2nya
250gm cheese cream (room temperature)
75ml susu segar
130 gm gula castor (MaDiHa kurangkan ke 120 gm)
4 biji telur (asingkan)
40 gm tepung jagung
½ sudu the cream of tartar

Cara2nya
Panaskan oven pada suhu 180°C dan alaskan acuan tin 18cm.
Panaskan cream cheese dan susu segar hingga larut. Guna api
kecil sahaja.
Kemudian masukkan separuh daripada gula ke dalam adunan
cheese bersama telur merah, tepung jagung dan cream of tartar.
Putih telur di pukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue.
Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik
hingga ia rata.
Tuangkan ke dalam acuan dan bakar
secara bain marie (water bath) selama 45 minit – 1 jam.
Note : MaDiHa buat 2 adunan.






Japanese Souffle Cheesecake
7" RM 40.00
(+) Filling Blueberry/Strawberry/Choc
RM50.00

Friday, April 16, 2010

Pau Inti Sayur



Buat Pau ini untuk minum petang...
Nak baca kmal membebal panjang sikit, oleh tengok diFP
Kmal...
http://amal5041.fotopages.com/



Resepi pau dari FP Madiha..kmal CP je...minta halal ye.
Bahan2 pau :-
*500gm tepung pau (tepung gandum pun boleh)
*1 sdt Double action baking powder
*6 sdb gula kastor (MaDiHa guna 4 s/b jer)
*1 sdt garam

1 peket yis segera
1/2 cwn air suam

1 1/2 cwn air suam
2sdb shortening.
Daun pisang atau kertas secukupnya (potong anggaran 3"x3" ~
ikut besar mana pau yg nak digentel)

Cara2 Membuatnya

1. Gaulkan semua bahan bertanda **
2. Dalam bekas besar yg lain, bancuh yis dgn 1/2 cwn air suam...
tggu sehingga berbuih.
3. Masukkan Bahan * ke dlm bancuhan yis.
4. Dgn hujung jari, putar tepung...& masukkan air...uli sehingga
sebati..
5. Masukkan shortening & uli sehingga adunan licin & tidak
melekat pada bekas. (anda akan dpt doh yg lembut spt doh roti canai)
6. Tutup doh dgn plastic sling & tunggu sehingga naik dua kali ganda
(Madiha masukkan dlm oven yg dipanaskan sekejap.. kejap jer doh naik )
7. Tumbuk2 adunan & bulatkan kecil2...leperkan, masukkan inti
secukupnya & tutup kemas lalu diletak di atas daun pisang or kertas.
8. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
9. Kukus selama 10 min menggunakan api yg kuat.

Inti Sayur dgn Ayam
*Isi Ayam 300gm
*2 sudu besar bawangmerah,bawang putih, halia (yg siap diblender)
*2 sudu kecil serbuk rempah ( ini sentiasa ada, kmal goreng tanpa
minyak dan blender kering hingga halus dan simpan dlm botol)
biji rempah, kulit kayu manis,
bunga lawang dan bunga cengkih---
(kalau x de tak pe..tp lagi sedap) kalau ada.
*1 sudu kecil serbuk kunyit
*1 sudu kecil serbuk kari daging
*1 sudu kecil lada hitam
*1 sudu kecil lada putih
(Bahan * digaul semua sekali)

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa
Minyak utk menumis

1 biji sengkuang
1 biji karet
2 biji kentang
(semua sayur ni kmal sagat memanjang je)

Caranya:
Panas sedikit minyak, masukkan bahan (*), kacau hingga ayam masak dan garing sikit, kemudian masukkan semua sayur, gaul sebati kemudian masukkan sos tiram, kicap cair gaul hingga sayur layu sikit rasakan garam..tutup api dan biarkan sejuk sebelum mengisi inti ke dalam doh pau.

Thursday, April 15, 2010

AYAM MASAK HALIA



Ayam Masak Halia ni memang satu family kmal suka... buat kat
umah ke makan kat luar ke...selalu order Ayam masak Halia ni...
senang je nak buat... pekena nasi panas, telur dadar dgn lauk ni je
dah cukup... lepas tu akan keluar angin satu badan..keh3x...

Mai tengok resepi:

Ayam Masak Halia
Bahan-bahannya:
500 gm isi ayam
1 ulas bawang besar( potong besar)
2 ulas bawang putih, cingcang halus/ketuk2 je.
Halia sebesar ibujari dipotong panjang2 /julian
3-4 biji cili api - ketuk
3 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
garam secukup rasa

Caranya:
Gaul ayam dengan kicap dan minyak bijan- perap sebentar
Panas minyak, tumis bawang putih dan halia kemudian
masukkan isi ayam dan tunggun ayam hingga garing sikit
masukkan bawang besar dan cili api, kalau nak halia lebih
mas ni boleh tambah halia lagi.


Tuesday, April 13, 2010

Cupcake Hantaran-Biru



Cupcake 25 pcs size S
Topping BC + simple deco
+ kotak hantaran

RM65.00




Topping BC dan simple deco
CC package for hantaran (16 pcs size M)
with deco+box+ribbons) RM 65.00
CC package for hantaran (25 pcs size M)
with deco+box+ribbons) RM 85.00
CC package for hantaran (25 pcs size S)
with deco+box+ribbons) RM 65.00

CC package for Hantaran (16 pcs size M only)
deco with fondan and gumpaste flower + box,
flower, ribbons RM85.00

Award dari Animalek



Kmal dapat Award ni dari Ani malek pemilik
http://ainidelightsandsweet.blogspot.com/
Dah 2 hari aini minta kmal pi ambik award.. baru petang ni ada
kesempatan.. terimakasih banyak-banyak sebab sudi memberi
award.untuk kmal letakkan dalam blog ni...

buat pengunjung blog ni..sudi-sudikan lah melawat fotopages kmal
http://amal5041.fotopages.com/

Monday, April 12, 2010

Masak Lemak Cili Api




Baru ni ada buat masak lemak cili api ayam dgn kentang...tp
asyik makan lupa nak ambik gambar..nasib baik ada gambar
lama, lauk ni masa kmal buatutk bekal ke Penang dulu..

Kalau bab masak lemak ni..bukan kmal yang masak..tapi hubby
yg masakbior real sikit..rasa masakan N9..ni..kmal boleh buat..
tapi hubby tak kisah kalaulauk ni dia yg masak.. selalu masak
malam..pagi esok lauk ni boleh buat cicahlempeng...fuhh ...best

Ini resepinye..hubby masak..kmal tengok catat resepi:

MASAK LEMAK CILI API AYAM DGN KENTANG

Bahan-bahannye:

1/2 ekor ayam

1 biji kelapa - santan yang pekat

3 batang serai- dititik

3 biji ubi kentang - dipotong ikut pada citarasa.

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

7 biji cili api

1 inci kunyit hidup

CARA-CARA MEMASAK :

1) Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam periuk atau

kuali, masak ayam tu hingga kering air ayam, dan separuh

masak. Kemudian masukkan bahan tumbuk , serai gaul

sebentar, kemudian masukkan santan., ubi kentang dan

biarkan sampai kuah mendidih.

2) Kemudian terus kacau, sampai ubi kentang empuk.

3)Terpulang..kalau nak berkuah, dah boleh padamkan api.

kalau nak kuahpekat lagi kacau sebentar lagi hingga kuah

pekat sikit.




Friday, April 9, 2010

Brocolli, Carot dan Salery Soup



Ini menu makan makan... ingat nak buat brocolli soup, tapi bila buka
peti ais ada, carot 1biji ada batang salery sikit... dari sayur2 ni rosak..
kmal campurkan semua masa buat brocolli soup..sebab tu le soup kali ni
ada color macam-macam..hijau, oren..semua ada..tapi tetap sedap..

Cicah pulak soup dgn Roti Gardenia yang dibakar dan disapu mentega
bawang putih...selalu habis sebuku roti Gardenia ini dicicah anak2 dgn
soup ni.

Bahan2nya
1 biji bwg besar yg kuning
2 biji brocoli, (uk soup ni..kmal tambah 1 biji carot dan sebatang salery)
2 biji cendawan butang atau shitake (tak dak pun tak pa)
(kmal guna cendawan shitake yg fresh tu)potong halus2
2 sudu besar serbuk pati ayam
sedikit all spice itali
2 sudu kecil lada putih
1/2 - 1 cwn susu -agak2 ye..nanti cair sangat pulak sup tu
(kmal guna low fat )
sedikit minyak zaiton untuk tumis (minyak biasa pun ok)
garam secukup rasa


Caranya:
Panas minyak zaiton..tumis bawang besar dan sedikit bwg putih hingga
layu masukkan air dlm 2 cwn.bila mendidih masukkan brocoli, carot, salery
dan cendawan..layu sikit padam api dan masukkan dlm blender dan diblander
hingga halus.
Masukkan semula dlm periuk..dicampurkan dgn susu, lada putih, sedikit itali
spice dan rasakan garamnya..masak hingga mendidih..siap.

Roti dibakar dulu disapu dgn mentega bawang putih
(butter dlm 100gm dan sedikit planta(kmal guna dorina yg ada dlm peti ais tu je, lada putih sedikit dan 4 ulas bwg putih dicincang halus--gaul sebati dan disapu pada roti tadi)


Kek Tempahan CMC



Choc Moist Cake ini tempahan dari 3 org pelanggan kmal yang berbeza,
maaf ye..lupa pulak nama..selalu terima tempahan melalui sms.. kmal
buat..kemuadian cost. datang ambik atau kmal delivery..terus.. jumpa
pun sekejap je..

Ini tempahan dari Atie..member ofis kmal buat ibu tersayang..


CMC ini pun buat iu tersayang..


Choclate Moist Cake
1kg 8" RM 45.00 sebiji

Thursday, April 8, 2010

Nasi Goreng Cina



Bila tengok Madiha duk tayang Nasi Goreng Cina... kmal dah terliur
balik... terus kmal cari balik dlm picture kot2 ada lagi..nasib baik ada
terus kmal ingat nak simpan resepi ni melalui blog pulak..biar senang
bila nak cari semula..

Nasi Goreng Cina


Nasi Goreng Cina ni ..fov kak amal satu family...dpat resepi dan cara
nak masak sekali dari tok guru yg mengajar kak amal dgn cik abg buat
westren food..kira ni resepi extra dari dia la..


Nasi Goreng Cina

Bahan-bahannya:
3 cawan nasi
isi ayam, udang, sotong
( ikut suka nak letak banyak mana..ikut budget)
Telur 2 biji
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
Lada putih ikut pedas (kmal letak dlm 1sk je)
Bwg Putih, minyak (utk tumis)
Sayur-sayuran (ikut tok guru guna mix vege. je) kmal letak karot
dan brocoli.
*semua bahan diatas ni..sukatan lebih kurang je...sebab kak amal
masak jenis campak2..jadi gunalah kretiviti masing2 ya..

Caranya:
Panas minyak..tumis bwg putih..masukkan isi ayam, udang, sotong--
masa ni api kena besar, masak cepat2 mcm kat kedai duk masak tu...
gaul sebati..pecahkan telur dan digaul lagi..slow sikit api masukkan nasi
yg telah dileraikan terlebih dahulu...masukkan sos tiram, kicap cair,
lada putih dan garam secukup rasa..last sekali masukkan sayur..siap.

Tip dari kak amal - nak lagi cepat masak dan jimat masa, masa leraikan nasi
yg baru masak tu...gaulkan siap2 dgn garam dan lada putih..nanti campak je
nasi tu...siap..

sedap dimakan dgn Ayam Goreng Berempah kat atas tu..

Tempahan Puding/Bengkang Roti Berjagung



Tempahan dari Ustazah Rokiyah untuk jamuan kesyukuran
di ofis, dari call tengahari, pagi esok nak... untuk 50 orang makan.



Kmal buat 2 loyang, potong siap-siap atas pemintaan Ustazah,
supaya mudah tetamu nak makan.


Puding Roti Berjagung ini sebekas kmal jual RM 15.00
sesiapa yg berminat untu sebarang majlis boleh sms kmal.
Untuk sekitar Alor Setar sahaja.

Tuesday, April 6, 2010

Nasi Lemak Sambal Burger



Selalu kalau buat nasi lemak, selain buat sambal ikan bilis, kmal
ken buatkan sambal burger untuk anak-anak, kadang2 kalau saudara
mara bertandang kmal suka buatkan nasi lemak macam biasa, tapi
sambal burger ni mesti ada, rupanye bukan anak-anak kmal saja suka,
tetamu pun suka dan siap tanya resepi nak balik buat..dan bila tya balik
dah satu menu tiap kali buat nasi lemak atau buat lauk
untuk makan tengahari. Sambal ni kmal buat macam kita kita sambal
ikan bilis bezanye kmal masukkan daging burger yang dah digoreng
siap-siap. Cuba le..anak-anak mesti suka.

Ini set nasi lemak, sambal burger, ikan bilis dan telur.

Sunday, April 4, 2010

Pulut Mangga



Sekarang tengah musim buah pelam kat belah utara ni...
tapi masa nak pi beli harum manis..dah habis la pulak,
disebabkan dah teringin sangat nak makan kmal beli jugak
buah pelam jenis lain...sedap gak dan yang penting puas makan

Kmal malas nak buat pulut cara kukus ni..dah tak sabar nak
makan, kmal balik ofis terus buat, masak guna microwave je,
tak sampai 1/2jam, dah boleh ngapp..

Caranya:
Cuci pulut(dlm 3 cwn) dan rendam dlm 5 - 10minit,
masukkan santan pekat(agak2 ye kepekatan),
(santan hendaklah lebih sikit dari paras pulut)
garam, daun pandan.

masukkan dalam microwave, tekan high selama 15 minit. Sambil2 tu boleh
stop sekejab, gaul sebati dan masak semula hingga masak pulut tu.

Kuah Santan

1 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
4 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan tepung beras

Untuk membuat kuah santan, gaulkan kesemuanya. Masak sebentar atas
api perlahan. Bila sudah sejuk bolehlah dihidangkan bersama pulut dan
mangga atau durian.

Hidangkan pulut dgn mangga, kuah santan dan dihias dgn taburan bijan
(ini kmal ambik ideal hazila)


Thursday, April 1, 2010

Diet Salad



Kmal namakan diet salad sebab dressing salad ni tak guna mayonis
atau apa2 lemak..

Bahan Dressing:utk semangkuk salad
3 sudu besar minyak zaiton,
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jus lemon
sedikit garam

Masukkan semua bahan dressing dlm botol kecil(kmal guna botol terpakai
yg dah dicuci bersih spt botol nescafe), goncang(ayat org utara) sebati,
tuangkan atas salad dan digaul sebati. Kmal suka gak letak sedikit mustard.

Sila jalan2 ke FP kmal
http://amal5041.fotopages.com/