Pages

Showing posts with label Cheese Cake. Show all posts
Showing posts with label Cheese Cake. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Blueberry Japanese Souffle Cheesecake

Tempahan dari Norasmani.. 
Kmal buat adunan lebih dapat 2 biji.. satu utk makan.. 
tp yg pasti kmal tak sempat nak rasa..
sekejap je nah tinggal papan kek je.


Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah




Salam Maal Hijrah buat semua kawan2 FP, FB dan Blogger
Moga tahun baru ni memberi peluang untuk kita menambah
amalan dan dapat berhijrah ke arah yang positif.. Amin

Kek diatas...tempahan dari Kak Ilah untuk anakanda tersayang
yang jauh dimata.. jauh kek ni,,, dah selamat sampai seberang laut
ke UK... Happy B'day G-Ah... moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan
umur dan diberi kesihatan yang baik dan jaga diri baik2 diperautauan
Kmal buat CMC dgn icing fondan agar tahan lama sikit..



Ini pulak tempahan dari Asma buat hubby tersayang Amarr
Kek Blueberry Cheesecake.

Tuesday, November 9, 2010

Kek Keju Cheddar



Untuk Tempahan 9" x 9" RM 45.00 sebiji

Maaf lama kmal menyepi... Alhamdulillah... dah sihat sekarang..
cuma malas sangat ...

Kek ni kmal buat bersama tempahan kek karot
Sedap sangat kek ni... Kmal guna resepi dari kak liza je...
Tkasih kliza..minta halal ye..

KEK KEJU CHEDDAR

Bahan

3 biji kek butter 4 X 8 inci [kek beli jer..masih mahlas..]
250 gm butter sejuk [kkliza gunakan farmcows]
200 gm gula ising [ayakkan]
1 s/b lemon jus
125 gm keju cheddar

Cara
1. Kek dibelah 2 melintang. Jadikan 2 lapis.
2. Susun 1 lapisan kek dalam pinggan leper atau papan kek.
3. Potong butter dan pukul dengan mesin sehinggan lembut dan gebus.
4. Masukkan gula dan pukul lagi.
5. Masukkan lemon jus dan pukul lagi sehingga semua sebati.
6. Sapukan separuh kerim dan lapiskan lagi dengan kek.
7. Sapukan kerim lagi dan rata.
8. Parutkan keju cheddar atas kerim.
9. Sejukkan beberapa jam dan hidangkan.



Buat kek ni masa gath dengan adik beradik kmal..

Monday, April 19, 2010

Japanese Souffle Cheesecake



Tempahan dari Kak Wan...untuk bday tuan badan sendiri...buat
makan2 je katanye...

Ada resepinye: tapi sapa tak nak cua buat boleh order dgn kmal

JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE
Sumber : FP Nina

Bahan2nya
250gm cheese cream (room temperature)
75ml susu segar
130 gm gula castor (MaDiHa kurangkan ke 120 gm)
4 biji telur (asingkan)
40 gm tepung jagung
½ sudu the cream of tartar

Cara2nya
Panaskan oven pada suhu 180°C dan alaskan acuan tin 18cm.
Panaskan cream cheese dan susu segar hingga larut. Guna api
kecil sahaja.
Kemudian masukkan separuh daripada gula ke dalam adunan
cheese bersama telur merah, tepung jagung dan cream of tartar.
Putih telur di pukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue.
Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik
hingga ia rata.
Tuangkan ke dalam acuan dan bakar
secara bain marie (water bath) selama 45 minit – 1 jam.
Note : MaDiHa buat 2 adunan.






Japanese Souffle Cheesecake
7" RM 40.00
(+) Filling Blueberry/Strawberry/Choc
RM50.00

Saturday, October 31, 2009

Pistachio Cheese Cake






Rasalah kelainan cheese cake ini

Pictachio Cheese Cake
8" Plain RM60.00
6" Plain RM40.00