Pages

Sunday, November 27, 2011

Blueberry Japanese Souffle Cheesecake

Tempahan dari Norasmani.. 
Kmal buat adunan lebih dapat 2 biji.. satu utk makan.. 
tp yg pasti kmal tak sempat nak rasa..
sekejap je nah tinggal papan kek je.


Saturday, November 19, 2011

Choc Moist Cake dan tempahan2 Julia

Selain 1400++ CMC Slice ..Julia jugak tempah 2 biji Choc Moist Cake untuk makan2..





CMC Slice utk doorgift

Tempahan dari Julia... pada hujung bulan 10 baru2.. Julia tempah 1400++ pcs (Slice) Coklat Moist Cake..
Selama ni tempahan doorgift CMC dalam bentuk cupcake..belum pernah lagi terima tempahan dari customer yang nakkan kek choc moist yg nak dipotong2 utk dimuatkan dalam kotak 4 segi pjg..  payah jugak nak bagi harga tempahan mcm ni utk sepotong CMC..sebab tak boleh agak banyak adunan utk sepotong.. dsebbkan customer nak tempah 1000 keatas kmal bagi RM1.20 sepotong.. sbb terbayang mungkin  isi adunan utk sepotong mungkin lebih kurang mcm cc size S.. jd kmal bagi harga RM1.00 utk sepotong..
Maka..belilah barang2 ikut keperluan spt nak buat cupcake CMC.. disebabkan mixer kmal comel je.. sekali adun ble buat 6 adunan je.. bila dah siap adunan kmal tuang dalam loyang  besar.. dah siap bakar time nak potong ikut size kotak... baru dapat anggaran... 6 adunan CMC utk 2 loyang besar...kmal dapat 80 slice je.. jika dibanding 6 aduanan CMC dlm cupcake size M kmal boleh dapat 160 biji... berganda2 budget bahan2 utk tempahan ni kmal kena tambah... jadi tauke2 kek fahamkan... rupanye..jika kita bakat dalam loyang besar... adunan terbanyak digunakan utk mendapat tahap ketebalan yg dikendaki...maklumlah CMC ni bukannya sponge kek yg boleh naik berganda..... so..dari postmortem...hemm..hemmm... sapa yg nak order slice CMC hargapun kena berganda2 lgi ...nak senan orderlah dlm bentuk cupcake.. kmal senang..customer pun  puashati...

Ini rupa CMC dlm loyang yg dipotong.... lepas ni.. harga tempahan seperti ni akan dinaikkan mengikut harga barang mentah ye..
Dan tkasih banyak2 buat Julia kerana sudi tempa dari kmal..dan satu pengalaman baru dan boleh belajar dari kesilapan utk menerima tempahan2 yg akan datang.. halalkan jika ada kekurangan dari kmal dalam tempahan ini.

Kenapa nak update blog ni..tak boleh2..

Dah 2 minggu duk asyik duk kat depan laptop ni...sejam menunggu... nak masukkan gambar punya payah...dah lekat gambar... bila nak update..tengok2 tajuk je yg lekat...gambar tak kemana...payah betul la...cara baru dlm blog ni utk nak update..sapa ble tolong... dah upload gambar..gambar dah masuk...langkah seterusnya..mcamana... TOLONGGG..

Saturday, October 29, 2011

Doorgift Brownies

 Tempahan dari Emy... 200 Brownies untuk doorgift.

 Casing Size S RM1.20
Untuk Casing Size S    RM 1.20  (1000 ke bawah)
                                      RM  1.00 (1000 ke atas)
          Casing Size M   RM 1.50  (1000 ke bawah)
                                     RM 1.30  (1000 ke atas)

KeK Tunang

 Tempahan Kek Chocolate Moist 9" topping Choc Ganache berat 2kg

  Sekali CMC utuk makan-makan.

Sunday, October 23, 2011

SoftfondansTier Wedding Cake



Tempahan kek kawin dibuka... musim kenduri bakal tiba
.. kek ini menggunakan soft fondans atau steambutter cream
yang sedap.. dan tahan lasak seperti icing fondan.. bezanya..
jika guna ising fondan kita selalu ketepikan ising fondan dan
hanya memakan kek sahaja..tp.. kek yg menggunakan ising
soft fondans ni.. kita boleh memakan keseluruhan kek dan rasanya
lebih sedap dari kek yag dilepa dgn buttercream biasa..



sesiapa yg nak rasa..boleh le tempah utk majlis perkahwinan
nanti...memang tak rugi dari segi rasa..



Kek ni merupa 3 tier.. seberat 3.5kg sebab mengguna sponge
kek utk ketiga2 kek..


Untuk sponge kek..kek akan dilayer dgn sebarang flavour
mengikut selera anda..


Harga tier wedding cake menggunakan softfondans dan
dihias dgn bunga BC atau bunga fondan mengikut berat kek.
Harga RM75.00 per/kg.

Saturday, October 1, 2011

Special Promo - Majlis Perkahwinan










Cupcake(Choc Moist Cake), aneka design (simple)
Suffle Cup / Bekas Dome Size M

1 - 500 RM1.80/pc
501 - 1000 RM1.60/pc
1001 - 1500 RM1.50/pc
Harga masih ble dirunding jika tempahan 1000 keatas.

Boleh jugak lihat label Door Gift.

Friday, September 23, 2011

Menu Raya 2011



Antara Menu Raya yang sempat dibuat...
Raya ke ke 5.. muenu yg di jamu pada tetamu Lontong,
Nasi Impit, Ayam Masak Merah dan kek. Masa ni Hubby
tak ada outstation...

Bila hubby dah balikraya ke 12 kmal buat lg..
sesiapa yg datang dapat la merasa Mee Kuah Tulang... dan kek je
goreng gak wedges dan di cicah dgn sos cheese.




Ayam Masak Merah menu wajib permintaan anak2 tiap
kali raya.


Ini gambar bersama FIL dan MIL di Tampin.

Thursday, August 18, 2011

Tempahan biskut Raya ditutup dan menu



Tempahan biskut raya ditutp... takut tuan badan tak daya nak
buat... tapi kalau ada tempahan terakhir dlm 3,4 bekas lagi ada
le..sbb kmal buat lebih..

Puding Traffle ni tempahan dlam bulan puasa sekali dgn
Puding Roti

Yang kat bawah ni yg sempat buat utk berbuka..




Ini doll pertama utk Mia.. tak tau nak bagi nama... asyik
duk peluk doll ni je.. Mia sekarang dah 6 bulan lebih..


Wednesday, July 27, 2011

Tempahan Biskut Raya 2011


Assalamualaikum... maaf lama menyepi... sibuk sangat dgn Mia, kerja
dan macam2.. hubby pulak outstation dah sebulan ..nak dekat puasa
baru balik.. tapi dlm sibuk2 dgn Mia..sempat jugak kmal curi masa
buat sampel biskut raya... nasib baik anak mama baik sangat...

Sesiapa yang nak jamu mata dgn sampel kuih raya kmal..sila la..
nak tempah..boleh SMS kmal ye.. Antara Biskut Raya 2011.

Semua biskut2 ini menggunakan buttercup.

Biskut Kopi Hazel RM22.00
Penuh dgn rasa kopi dan kacang hazel


Biskut Keju Madu RM23.00
Rasa lemak Keju Cheddar dan Badam


Biskut Suji Salju RM22.00
Rasa Lemak Badam dan Cornflakes


Biskut Chocolate Treasure RM22.00
Dasar biskut kaya dgn perasa koko dgn topping cornflakes,
badam cincang dan white chocolate


Chocolate Oats Crispy RM22.00
Penuh dgn Oats dan badam dan koko


Biskut Cornflake Crispy RM22.00
Dgn choc chip, badam dan cornflakes yg rangup.


Sesiapa yang nak jamu mata dgn sampel kuih raya kmal..sila la..
nak tempah..boleh SMS kmal ye..

Friday, July 1, 2011

Kuih Lompat Tikam Bersagu



Tengok dari blog Ummi buat... rasa sejuk tekak..petang
terus buat.. memang berbaloi... sedap sangat.. Kmal ikut
ummi... dapat 4 bekas... senang nak bagi pada mak dan adik2.


Resepi dari blog ummi:
KUIH LOMPAT TIKAM SAGU
Resepi: AlongRoz @ HomeKreation

BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
  • +/- 400g Sagu
  • Pewarna Merah
Lapisan Atas:
  • 160 g Tepung Beras
  • 200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 800ml Air
  • 1 sb Pes Pandan
  • 1 st Air Kapur
  • 1/2 st Garam
Kuah Santan:
  • 200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 250ml Susu Segar
  • 1/4 tsp Garam
Air Gula Merah:
  • 5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
  • 3 sudu besar Gula
  • Daun Pandan

  • CARA-CARA:
  • Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
  • Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
  • Kukus 20 min.
  • Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
  • Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
  • Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
  • Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
  • Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut.


Thursday, June 30, 2011

Butter Bread Pudding



Terliur tengok zai..teratak impian buat... terus buat ikut
resepi zai...memang sedap... patut le zai buat berkali-kali2..
kmal baru nak cuba buat..selalu buat puding roti biasa je..

Makan panas2 pun sedap..masa sejuk pun sedap...
nnt kena buat lain..
Bawah ni resepi Butter Bread Pudding..kmal CP dari blog zai

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti- letak roti 4 keping
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)
Cara-cara
  • Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  • Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit.
  • Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  • Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk.
  • Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu
  • besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu
  • dengan butter tadi.
  • TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau
  • sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau
  • sehingga warna perang yg diinginkan.
  • Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil
  • dikacau.
  • Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati.
  • Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  • Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  • Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam
  • ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding.
  • Kukus selama 40 minit.


Monday, June 27, 2011

Mia dah 4 bulan..


Assalamuaalaikum, haiii..lama sungguh menyepi...
entry ni sempat nak letak gambar-gambar masa kenduri
cukur jambul Mia, baru2 ni..

sekarang Mia dah meniarap...jenuh asyik nak kena
pusing je..


ini doorgift utk tetamu..kmal buat coklat paraline, cupcake je.




Saturday, April 23, 2011

Sibuk bangettt...



Salam... tak leh sembang banyak... sibuk.. dgn Mia ni
Masak simple2..

Sayur Campur

Bahan2nya:
Baby Pak Choy, Cendawan Shitake, Karot
Sosnya:
2 s/b sos tiram, 1 s/ kicap cair. 1 s/k lada putih, 1 s/k serbuk pati ayam-gaul sekali
Udang dan isi ayam
Minyak dan bwg putih utk tumis
Tepung jagung utk pekatkan kuah.
Caranya:
Panas sikit minyak..masukkan bwg putih..garing, masukkan isi udang dan ayam kemudian sos td..bila mendidih sikit, masukkan 1/2 cwn air, masukkan karot, cendawan dan baby pak choy..last sekali garam dan pekatkan dgn bancuhan tepung jagung.


Pic Mia terbaru..