Pages

Thursday, March 22, 2012

Meetball Mac&Cheese

Assalamualaikum.. maaf lama tak bersiaran... agak sibuk dgn bermacam2
hal..ok.. tak nak cakap panjang.. kmal nak letak resepi Meetball Mac&Cheese 
ni untuk rujukan adik2 kmal..

 Bahan-bahan
200 gm macaroni
(direbus dalam air mendidih yg diletak sedikit garam dan minyak)
dah lembut dan ditoskan.
(Kmal masak sekejap meetball dlm air rebusan macaroni dan angkat)

12 biji Meetball jenama Ramly
1/2 biji carot didadu
1 biji brocolli dipotong
(Sayur..ble ikut citarasa sendiri)
Mozarella Cheese
White Sause
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
2 1/2 cawan susu segar
Ladahitam (kmal letak sikit je)
Pasley Leaves/Mix Herb (yg kering)
Garam secukup rasa

Caranya:
White Sause
Cairkan mentega kemudian masukkan tepung gandum, gaul sebati
masukkan susu dan dikacau hingga sos menjadi pekat sedikit
masukkan lada hitam, pasley leaves dan garam secukup rasa.

Dalam bekas lain.. campurkan macaroni, meetball, brocoli, carot dan
white sause kemudian masukkan ke dalam mangkuk tahan panas
dan ditaburkan mozarella cheese dan bakar dlm oven dgn suhu 180C
selama 30 minit. Bila atas dah garing sikit keluarkan dari oven.
Sedap dimakan panas-panas.

ini yang telah siap dibakar...


 sedap dimakan panas2..


 ini untuk si kecik Mia..
ok.. satu nak pesan..susu..tuang sikit2..agar boleh diselarasan dgn kepekatan yang
dikehendaki..Selamat Mencuba...........jumpa lagi.





2 comments:

Master Software Mobile said...

Kayaknya, enak nih sobat...

hana said...

salam kak.mal... anak kiter yg sulung tuh suker bona ngan mende alah yg nama cheese cheese nih.. tekak omputih btol.. sambal belacan jauh sekali nak lalu mcm en.somi jugak! huH!

ghupernyer kita nih seghuper ye kak cuma ada bunga sekuntum kat taman.. kumbang2 bukan main byk.. hihihihi.. kiut mia!

Post a Comment