Pages

Monday, December 3, 2012

Family Holiday Cameron Highland Part II

Kita sambung cite Cameron Highland ye..
Hari ke dua di CH.. lepas sarapan terus check out.. senang nak jalan2 .. mula2 singgah di Smoke House.. oh ya.. hubby kmal selamat sampai Asetar dekat2 jam 4 pagi.. bawa slow je katanye...

ini sekitar posing2 di Smoke House.. bergambar2 ramai-ramai


Kmal dengan Mia

sukanya dapat ambik gambar dekat bunga orkid ni..cantik sangat


 Dua hero kmal.. dua lagi hilang mana tah...


Oohhh..sorang lagi ni kena jadi jurugambar... Aiman tak tau le kat mana.. budak sorang ni tak reti duk diam..


Haa...ni Aiman.. puas cari.. payah sungguh nak ajak posing sekali..


Ini mak kesayangan kmal... mak kmal ni pun peminat bunga... mcm anak dia jugak le..



mana anak2ku yang lain... kata mak kmal... rupanye semua pakat duk posing dgn family masing2.. mai sini kmal nak kenalkan adik2 kmal..

Ini adik perempuan kmal yang no. 3.. no dua adik lelaki tp tak tau satu family ni mana..


Ini adik perempuan kmal yang no 7.. adik lelaki kmal yg no 3 dan 5 tak ikut..
 

Ini adik perempuan kmal yg bongsu no 8.. 
 

Ini kmal lagii..dan lagi.. jgn marah ye.... namanye pun blog kmal kan..


Ini hero kmal yg sulung  dgn acu..
bersambung di part III pulak bye..

Sunday, December 2, 2012

Bila Suami Puji Wanita Lain

Bila Suami Puji Wanita Lain

 

“Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau.” Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.

“Oh. Di mana?” Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.

“Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik macam Fasha Shandha tau. Cantik sangat.” Jelas si suami sambil bercerita dengan lebih lanjut kepada isterinya.

“Oh…” Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi berminat untuk bercerita dengan isterinya.

“Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit pipi dia je tau.” Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.

Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.

“Kalau sayang nak tau, perempuan yang laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la.” Jelas si suami sambil mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.

* * * * * * * * * * * * * * * 
Hati perempuan sememangnya lembut. Malah tidak salah sekiranya Pakar Cinta mengatakan yang hati perempuan juga sangat rapuh.
Sekuat mana pun seorang perempuan, sekiranya satu-satunya lelaki yang mereka sayang mula mengagungkan perempuan lain selain dirinya, hatinya tetap tidak akan dapat lari daripada perasaan cemburu.
Di saat itu, hanya kasih sayang yang sejati menjadi pemangkin untuk mereka terus setia kepada lelaki yang mereka sayang.

Oleh itu, kepada mana-mana lelaki yang mempunyai isteri atau pun tunang atau pun yang sewaktu dengannya, jagalah hati wanita mereka dengan seromantik mungkin.
Jangan sesekali menyakitkan hati seorang perempuan, kerana sesungguhnya perempuan memerlukan kasih sayang yang sebanyak mungkin daripada insan yang bergelar lelaki.

Saturday, December 1, 2012

Cerita Lama.. Family Holiday Cameron Highland Part 1

Assalamualaikum.. bertemu lagi..
Mula2.. nak luahkan rasa sedih sangat sbb tahun ni tak dapat nak jalan2 ke Cameron Highland.. atas sbb2 tertentu.. selalu tiap2 tahun acara rasmi bila cuti hujung tahun mesti bawa anak2 ke Cameron Highland.. kemudian turun Simpang Pulai..terus singgah mandi2 di Lost Would Of Tambun pulak..  disebabkan kmal ni pencinta alam..suka tgk kehijauan dan bunga2.. suka suasana sejuk, tenang suka suasana luas mata memandang seperti lautan.. rasa sedih jugak le.. sbb tak dapat nak bawa anak2.. klu dapat pergi dlm bulan ni pun.. tak berapa nak seronok jugak le sbb abg long dah balik UITM..

Jadi untuk memujuk hati sendiri kmal letak je.. gambar2 ke Cameron dgn mak dan adik2 kmal pada awal bulan Januari tahun ni.. itu pun tak rancang apa2.. cakap2 terus jadi je..nasib baik hubby ada contact utk book aprtment kat sana..tpi mcm2 cerita jdnye..

Bertolak lepas subuh.. dr alor setar dlm jam 11.00 pagi sampai.. terus check in.. rehat kejap kemudian keluar jln2 dan cari bahan utk buat steamboat.. ptg tu punya la jem jln.. smpi je aprtment.. hubby dapat call minta hadir ke ibupejabat sbb kena sain surat tawaran opsyen Saraan Baru... kan time tu krajaan sibuk dgn opsyen baru last2 tak jadi..hiss .myusahkan org dan.buang masa je.. sedih tau.. mlm tu jugak dlm kul 11.00 mlm lepas makan steamboat ramai2.. hubby balik sorang2 turun dr Cameron Highland ikut Simpang Pulai hanya utk sain benda alah tu je.. kmal tak lena tidur risaukan perjalanannya..kmal pulak ..nasib baik byk keta adik2 kmal anak beranak tumpang le sikit2 berpecah anak beranak.. separuh keta lain separuh keta lain.. tak enjoy langsung pi CH time ni..

Ok..ok.. dah pjg lebar kmal cite.. kita tgk gambar na..
 ini masa baru sampai.. kmal book Dahlia Aprtment.. ada 3 bilik dan luas.. boleh 5 family kami adik beradik termasuk mak kmal..

Masa ni matahari cerah tapi.. berangin dan sejuk...best-best...


Mia masa ni baru masuk setahun..

ahh..nyaman..sejuk mata memandang..

separuh family kmal  yg ikut..

  ramaikan.. cukup utk 1 aprtment..

pemandangan di luar Aprtment..hero2 kmal dgn paksu..

ini aprtmen kita... model ni adik bongsu kmal..
luas dan selesa... ada tiga bilik.. tak sempat nak ambik gambar semua ruang ..

 okk.. lepas relak2 ni kita semua ke Brincang.. jalan2..cari makan dan bahan2, sayur fresh2 utk buat steamboat utk makan malam..


ini wajib kena belikan...


malam tu pakat ramai2 sediakan steamboat.. kmal buat dua jenis ..kuah tomyam dan sup.. bayangkan betapa nikmat dapat makan steamboat dalam cuaca yang sejuk. dapat watercras yg fresh..mmg sedap utk steamboat..


ok.. selesai utk part I..nnt sambung part II pulak ye.. bye..

Sunday, November 25, 2012

Daging Masak Merah...so... simple..

DAGING MASAK MERAH

Sebenarnya ini dah lama.. tapi letak dlam FB.. sekali dgn resepi.. jadi untuk memudahkan utk tgk resepi
kmal letak dalam blog..senang nak rujuk.. anak2 pun senang nak tgk...


Ini resepi yang sangat simple..
Buat cara campak2 je:
 

Rebus seketul daging dlm air yg diletak pewarna makanan merah
hingga empuk.
Angkat, toskan dan dihiris nipis.
Panas minyak 
masukkan bwg putih yg dicincang, 
kemudian daging..goreng sekejap.. 
masukkan karet, cili capsicum, salery dan cili api yg diketuk.. 
masukkan (agak2 ye..) sos cili, sos tomato dan kicap cair,
akhir sekali hirisan bawang besar..siap.
 
Resepi ni x guna cili kisar.. jd x pedas sgt..anak2 boleh makan..

sekian jumpa lg..

Wednesday, November 21, 2012

Macaroni atau Spaggeti Cabonara yg simpleee..

Salam semua...
Entry kali ni.. di buat berikutan menu makan malam kmal dgn anak2 di FB.. nak mudahkan
kawan2 yg bertanya..cara nak masak macaroni atau spaggeti yg simple dgn bahan2 apa saja
yang ada di dapur... ini kmal ambik dari fotopages kmal untuk rujukan pembaca blog...

Cara-caranya:  mula-mula cari apa yg ada dalam peti khazanah di dapur dan peti sejuk.....


lepas tu fikir2 la bahan2 apa yg logik ble dibuat utk masak..jgn pulak pi ambik contohhh...
susu pekat utk buat sos spaggeti  ye puan2...  hehe ..melawak je..

lepas tuuu.. ini contoh yg kmal fikirkan dan sediakan bahan sebelum mula memasak...
puan2 fikir sendiri la...



Ikut kmal..daging burger tu kmal bulat2kan ..jadila meetball.. sosej potong je.. sayur yg ada masa tu cuba karet dan salary..guna la tu ja.. puan2 x payah ikut kmal..klu ada lada capsicum ke mix vege je.. apa2 sayur yg sesuai guna ja laa... lepas tu..mula la memasak.. tumis bwg besar, bwg putih sayur2 dah layu sikit
masukkan sosej dan meetball .. dah sebati dan masak masukkan sos prego dan campur air sikit klu nak
sos yg berair sikit last sekali masukkan spaggeti atau macaroni yg dah direbus sebelum tu.. puan2 jgn pulak letak spaggeti atau macaroni yg mentah2 ye.. rasa garam dan tambah lada hitam..siappp..


Dah siap pun...senang dan mudah kan..anak2 mesti suka.. lebih2 lg mamanye yg buat..


Ini model masakan kmal..Aimanumur 6 tahun  ...



2012.. sekarang dah nak naik drj 5 tahun depan.. hidung ja duk koi besar...haha..


Ini yg kmal masak semalam.. duk tgk dalam FB.. harap sesiapa yg bertanya.. nnt boleh buat..  jgn lupa update pulak..boleh kmal tgk hasilnya..


Sekian...jumpa lagi...

Tuesday, November 13, 2012

Red Velvet Pakej

Selesai tempahan 500pcs.. Brownies ..gambar x 
sempat ambik sbb kelamkabut.. Red Velvet wedding 
cake.. dan Red Velvet In Jar untuk hantaran..


   Red Velvet Wedding Cake.. dengan Cream Cheese yg sedap.

   Red Velvet In Jar
  
  TKasih Kak Nor atas tempahan..

Sunday, November 11, 2012

PUDING LAICI



Salam semua.. hari ni nak merajin diri sikit utk meletakkan resepi Puding Laici yang sedap ni.. resepi asal dr Kak Hanieliza.. 
Kmal buat masa raya haji baru2 ni..
senang je.. adik kmal yg jarang2 masak pun dah berjaya buat puding ni..

ini resepinye: 

PUDING LAICI

Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici [asingkan airnya]
1 tin susu cairCara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....



 ini gambar puding laici yg kak liza snap masa berkunjung ke rumah kmal.. dapat puding dari air tangan kliza sendiri..