Pages

Friday, January 28, 2011

Salmon Steak...sebelum bersalin



Salam..semua...sempat lagi letak satu N3 utk blog ni...
sekarang rasanya masa dah boleh santai2... persiapan bby
dgn kmal...2 beg dah ready... semua dah selesai.. tunggu bby
nak keluar je... sambil2 tu..sempat lgi pagi tadi ke Tesco...
hubby nak makan Salmon Steak... beli apa yang patut..
balik rumah terkedek2..buat Salmon Steak, Mac and Cheese
dan Grill Vege..untuk dimakan sekali... sempat gak hubby
makan sebelum kelam kabut nak pergi keja..


Ini Salmon Steak..Aiman punya... habis dia makan..



Mac And Cheese ni kmal tambah sosej dgn daging..biar terasa
sikit..

BAHAN-BAHAN :
1 peket macaroni

2 cawan parutan keju cheddar

1/2 cawan keju parmesan

1 lter susu segar dalam kotak

4 sudu besar mentega

2 sudu tepung gandum

Black pepper secukup rasa

Garam secukup rasa

Cara nak masak sos ni macam nak buat sos bechamel .

Cuma tambah keju parmesan .

CARA PENYEDIAAN PASTA :

Didihkan air didalam periuk yang cukup besar .

Bila air dah cukup mendidih masukkan semua macaroni

dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut.

Bila dah masak toskan macaroni ini dan ke tepi kan dulu.

Masukkan semua butter dalam periuk dan panaskan periuk

kemudian masukkan semua tepung gandum dan kacau

bahan-bahan ni sampai la tepung gandum bertukar warna

kekuningan dan masak .

Dengan cepat terus masukkan susu dan kacau sekejap .

Kemudian masukkan semua keju cheedar dan parmesan

serta serbuk black pepper didalam periuk dan kacau .

Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta

biarkan sampai sos masak serta menjadi pekat .

Kemudian masukkan semua macaroni secukupnya dalam

sos dan kacau sehingga sos dan pasta sebati .




Hubby kelam kabut makan..nasib baik salmon ni tak de tulang..



Jemput semua...
Oklah... kalau le..kmal tak sempat nak letak N3 baru selepas ni..
Kmal nak pohon maaf banyak2 pd semua kawan blog sekiranya
ada kmal terkasar bahasa... sebelum kmal bersalin..doakan semua
dipermudahkan dan selamat ye..
Assalamualaikum.

2 comments:

SHAZA said...

uiik, sedapnya kak.....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

masih larat lagi masak2 ye k.mal walaupuan dah sarat... kita serupalah kak.. sy dulu.. walaupun esok nak warded utk induce... mlm sebelumnya tu masih lagi masak mcm biasa... alhamdulillah.. boleh masak dari awal hingga akhir takde mabuk2.. hehe.. sy doakan k.mal selamat & dipermudahkan waktu bersalin nanti... aminn...

Post a Comment