Pages

Friday, July 1, 2011

Kuih Lompat Tikam Bersagu



Tengok dari blog Ummi buat... rasa sejuk tekak..petang
terus buat.. memang berbaloi... sedap sangat.. Kmal ikut
ummi... dapat 4 bekas... senang nak bagi pada mak dan adik2.


Resepi dari blog ummi:
KUIH LOMPAT TIKAM SAGU
Resepi: AlongRoz @ HomeKreation

BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
  • +/- 400g Sagu
  • Pewarna Merah
Lapisan Atas:
  • 160 g Tepung Beras
  • 200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 800ml Air
  • 1 sb Pes Pandan
  • 1 st Air Kapur
  • 1/2 st Garam
Kuah Santan:
  • 200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 250ml Susu Segar
  • 1/4 tsp Garam
Air Gula Merah:
  • 5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
  • 3 sudu besar Gula
  • Daun Pandan

  • CARA-CARA:
  • Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
  • Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
  • Kukus 20 min.
  • Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
  • Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
  • Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
  • Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
  • Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut.


Thursday, June 30, 2011

Butter Bread Pudding



Terliur tengok zai..teratak impian buat... terus buat ikut
resepi zai...memang sedap... patut le zai buat berkali-kali2..
kmal baru nak cuba buat..selalu buat puding roti biasa je..

Makan panas2 pun sedap..masa sejuk pun sedap...
nnt kena buat lain..
Bawah ni resepi Butter Bread Pudding..kmal CP dari blog zai

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti- letak roti 4 keping
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)
Cara-cara
  • Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  • Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit.
  • Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  • Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk.
  • Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu
  • besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu
  • dengan butter tadi.
  • TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau
  • sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau
  • sehingga warna perang yg diinginkan.
  • Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil
  • dikacau.
  • Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati.
  • Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  • Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  • Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam
  • ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding.
  • Kukus selama 40 minit.


Monday, June 27, 2011

Mia dah 4 bulan..


Assalamuaalaikum, haiii..lama sungguh menyepi...
entry ni sempat nak letak gambar-gambar masa kenduri
cukur jambul Mia, baru2 ni..

sekarang Mia dah meniarap...jenuh asyik nak kena
pusing je..


ini doorgift utk tetamu..kmal buat coklat paraline, cupcake je.




Saturday, April 23, 2011

Sibuk bangettt...



Salam... tak leh sembang banyak... sibuk.. dgn Mia ni
Masak simple2..

Sayur Campur

Bahan2nya:
Baby Pak Choy, Cendawan Shitake, Karot
Sosnya:
2 s/b sos tiram, 1 s/ kicap cair. 1 s/k lada putih, 1 s/k serbuk pati ayam-gaul sekali
Udang dan isi ayam
Minyak dan bwg putih utk tumis
Tepung jagung utk pekatkan kuah.
Caranya:
Panas sikit minyak..masukkan bwg putih..garing, masukkan isi udang dan ayam kemudian sos td..bila mendidih sikit, masukkan 1/2 cwn air, masukkan karot, cendawan dan baby pak choy..last sekali garam dan pekatkan dgn bancuhan tepung jagung.


Pic Mia terbaru..






Tuesday, March 15, 2011

Jus dalam Pantang



Ini Jus yang kmal amalkan dalam pantang... seminggu 2 x
kmal buat...kat atas tu Jus pegaga..


Jus Pegaga

Ni bahannye:
3 ikat pegaga - cuci bersih dan bland sekali dgn akar2nye
dgn secawan air..tapiskan..ambik jus sahaja...
3 biji limau nipis..diperah airnye dicampur dlm jus pegaga tadi...
masukkan air gula ikut kemanisan yg disukai..tambah ais....hummm...walaaahhh...

( * dlm pantang ni..kmal tak letak limau..)

Ini pulak Air Halia


Air Halia
Halia dlm 2 ketul sebesar ibu jari-diketuk
Gula Merah 3 sudu besar
Gula 1 susu besar
Air - 2 cawan
Sebatang Kulit Kayu Manis,
Sedikit Halba, sehelai daun pandan.

Caranya:
Masak semua sekali hingga mendidih..tapis sebelum diminum.

Ini gaya Mia..suka sangat tidur macam ni...


Ini waktu Ayah mandikan Mia... lepas mandi tidur... baru
kmal boleh ke dapur..

Thursday, February 17, 2011

Menu Org Dlm Pantang



Assalamualaikum.... ni gambar terbaru Mia... dah botak dah...
time ni... kmal nak bg Mia mandi...

Kat bawah ni..lauk2 yg sempat kmal masak... sambil masak..
sambil layan Mia menyusu..... Sup ikan Haruan ..hubby kmal
yang buat... lauk2 lain kmal yg masak..kami sekeluarga sekarang
semua layan menu berpantang... tp rasanya..org dlm pantang makan
sikit je..org yg tak pantang pulak yang pulun makan bertambah2.

Semalam kmal buah air halia... dlm satu teko... boleh le berulang2
minum... air tu kmal letak halia yg diketuk, gula merah, jintan,
kulit kayu manis, halba dan daun pandan... mmg sedap.. ingat nak
gambar...tup2.. sekali pi dapur... satu teko dah habis..hubby minum
... nasib baik kmal sempat rasa sikit masa panas2..

Ini sayur daun kucai... daengar kata boleh tmbh susu badan.


Sup Ikan Haruan yg hubby buat...


Ikan Siakap... kmal bakar je..


Ada jugak lauk daging masak lada hitam..

Monday, February 7, 2011

AMANI MIASARA BINTI MUSTAZA


Masa ni kul 5.30 petang..kmal baru je keluar dari Labor room..

Assalamualaikum, Alhamdulillah..dengan berkat doa dari semua
Kmal dah selamat bersalin pada 02.02.2011 jam 12.43 thari.. dan
Alhamdulillah sekali lagi..sebab dikurniakan bby girl yang sihat seberat
2.74 kg.
Pada 01.02.2011..kmal kena ke HSB untuk temujanji dgn pakar..
Masa jumpa doc.. masa check tekanan darah kma tinggi sikit dari selalu
..doc scan tengok kedudukan bby..kepala dah kebawah dan kmal dah masuk
38 minggu... dan doc... "masuk wad terus hari ni..doc bagi bersalin... aduh..
lg tinggi le darah kmal bila dengar... tp nak buat mcmana..janji semua
selamat.. pagi 01.01.2011 kmal kena masuk wad di HSB.. esok nye 02.02.2111
lepas subuh pg.. dalam kul 07.15 doc nak masuk ubat utk induce... masa doc nak
masuk ubat..rupanye kmal dah buka 3cm..tp doc masuk jugak ubat supaya lg
cepat...dalam kul 8.30 pg..dah rasa sikit..hingga kul 12.00 thari selang 3 minit rasa
sakit..terus maklum pd nurse dan bila doc check dah buka 4cm..12.45 kmal masuk
labor room.. jam 02.43..kmal dah selamat bersalin... dengan mudah dan selamat.

Perkenalkan... AMANI MIASARA...