Pages

Friday, January 28, 2011

Salmon Steak...sebelum bersalin



Salam..semua...sempat lagi letak satu N3 utk blog ni...
sekarang rasanya masa dah boleh santai2... persiapan bby
dgn kmal...2 beg dah ready... semua dah selesai.. tunggu bby
nak keluar je... sambil2 tu..sempat lgi pagi tadi ke Tesco...
hubby nak makan Salmon Steak... beli apa yang patut..
balik rumah terkedek2..buat Salmon Steak, Mac and Cheese
dan Grill Vege..untuk dimakan sekali... sempat gak hubby
makan sebelum kelam kabut nak pergi keja..


Ini Salmon Steak..Aiman punya... habis dia makan..



Mac And Cheese ni kmal tambah sosej dgn daging..biar terasa
sikit..

BAHAN-BAHAN :
1 peket macaroni

2 cawan parutan keju cheddar

1/2 cawan keju parmesan

1 lter susu segar dalam kotak

4 sudu besar mentega

2 sudu tepung gandum

Black pepper secukup rasa

Garam secukup rasa

Cara nak masak sos ni macam nak buat sos bechamel .

Cuma tambah keju parmesan .

CARA PENYEDIAAN PASTA :

Didihkan air didalam periuk yang cukup besar .

Bila air dah cukup mendidih masukkan semua macaroni

dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut.

Bila dah masak toskan macaroni ini dan ke tepi kan dulu.

Masukkan semua butter dalam periuk dan panaskan periuk

kemudian masukkan semua tepung gandum dan kacau

bahan-bahan ni sampai la tepung gandum bertukar warna

kekuningan dan masak .

Dengan cepat terus masukkan susu dan kacau sekejap .

Kemudian masukkan semua keju cheedar dan parmesan

serta serbuk black pepper didalam periuk dan kacau .

Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta

biarkan sampai sos masak serta menjadi pekat .

Kemudian masukkan semua macaroni secukupnya dalam

sos dan kacau sehingga sos dan pasta sebati .




Hubby kelam kabut makan..nasib baik salmon ni tak de tulang..



Jemput semua...
Oklah... kalau le..kmal tak sempat nak letak N3 baru selepas ni..
Kmal nak pohon maaf banyak2 pd semua kawan blog sekiranya
ada kmal terkasar bahasa... sebelum kmal bersalin..doakan semua
dipermudahkan dan selamat ye..
Assalamualaikum.

Sunday, January 23, 2011

Penat Mengulit Nangka Madu


Salam semua..lama kmal tak update blog... banyak gambar2
tertunggak belum dimasukkan..
Kmal sekarang dah masuk 37 minggu... selasa ni kena jumpa
pakar... minta2 tak da apa.. risau gak...
Harap kawan2 doakan kmal selamat dan dipermudahkan.

Petang tadi sibuk megulit nangka..Kawan Hubby bagi sebiji
nangka madu... punya besar
puas gak nak ambik isi...tapi berbaloi..sangat manis...
Sapa nak... ada 1 bekas besar lagi.

Thursday, December 16, 2010

Gambar diciplak..



Saksikan lah... ini pic yg kmal ambik utk diletak dalam Fotopages
kmal... untuk promot kedai kmal kat Asetar ni...

Heater atas Fotopages kmal pun ada gambar Lamb Chop ni..


Pagi tadi bula peti surat ada surat2 dan sebuah bku iklan
selak..punya selak...aikkk... gambar iklan Lamb Chop ni
sebiji macam kmal punya... apa lagi sibuk cari balik dr
Fotopages... bila jumpa..sah... ini pic kmal punya...
Malas la kan nak pjg cite..tapi rasanya lebih elok restoren
ni guna pic menu sendiri untuk promot restoren sendiri...
yang tak syoknye..kedai ni kat Asetar gak..dekat je dgn
rumah kmal.


Tengok le sendiri....

Salad



Petang-petang... ni sukanye dapat meratah salad ni...
kat FB letak gambar je... kat blog kmal bg resepi..
simple je..

Salad

Bahannya:
Daun Salad
1/2 biji Brocolli dan 1/2 biji Carot - potong dan dicelur sebentar
2 biji tomato

Sos Thousand Island
3 sudu besar Mayonis
1/2 sudu sos cili
sedikit sos tomato
Susu cair sedikit

Caranya:
Digaul sebati semua bahan sos, dan dicampur dgn sayur.. sejukkan
sebentar..siap.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah




Salam Maal Hijrah buat semua kawan2 FP, FB dan Blogger
Moga tahun baru ni memberi peluang untuk kita menambah
amalan dan dapat berhijrah ke arah yang positif.. Amin

Kek diatas...tempahan dari Kak Ilah untuk anakanda tersayang
yang jauh dimata.. jauh kek ni,,, dah selamat sampai seberang laut
ke UK... Happy B'day G-Ah... moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan
umur dan diberi kesihatan yang baik dan jaga diri baik2 diperautauan
Kmal buat CMC dgn icing fondan agar tahan lama sikit..



Ini pulak tempahan dari Asma buat hubby tersayang Amarr
Kek Blueberry Cheesecake.

Thursday, November 25, 2010

Vegetable Tempura



Buat petang tadi..panas..panas, sekejab ke dah habis..
Kmal guna tepung tempura segera je.. ada lebihan keledek
dengan broccoli..dicicah dengan mayo je...

Friday, November 19, 2010

Menu Aidil Adha



Antara juadah Aidil Adha..
Sup Tulang Merah dgn cicah roti


Rendang Dinesti


Ayam Masak Merah


Rendang Kambing Daun Puding.. ini hubby yg masak


kek Keju Cheddar